Tuesday, 12 May 2020

Kesimpulan Pengurusan Alam Pembelajaran



KESIMPULAN - PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

folio pengurusan pembelajaran kps 3014: April 2019


     

      Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan seseorang guru iaitu bagaimana seseorang guru hendak mencapai pembelajaran yang efektif dan baik kepada para pelajar mereka. Hal ini demikian adalah kerana, menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. 
        Berdasarkan dapatan kajian, jelaslah terbukti bahawa pengurusan pembelajaran amat penting dalam meningkatkan prestasi dan minat para pelajar. Hal ini demikian adalah kerana, melalui pengurusan pembelajaran, guru-guru mampu meneliti semula serta menggunakan kaedah yang sesuai di dalam kelas dan mewujudkan suasana pembelajaran yang komphensif. Selain itu, pengurusan pembelajaran turut mampu membantu para guru untuk mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) lantaran pengurusan para guru yang efektif serta profesional dalam mengaplikasikan kaedah-kaedah yang sesuai kepada para pelajar. Di samping itu, pengurusan alam pembelajaran juga dapat mengasah kemahiran seseorang guru dari sudut pengurusan masa, berkomunikasi, mengawal emosi serta perancangan teknik pembelajaran yang efektif dan sesuai kepada para pelajar mereka.
   Jelaslah bahawa, pengurusan alam pembelajaran merupakan induk kepada sesuatu pengurusan, kerana merangkumi serta memberi impak kepada semua elemen seperti pencapaian objektif Pembelajaran dan Pengajaran (P&P), memenuhi masa pengajaran yang diperuntukkan serta meransang pembangunan seseorang murid. Oleh hal yang demikian, para guru perlulah menguasai beberapa kemahiran dan teknik sebelum memasuki kelas bagi memastikan para pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan teknik yang mudah dan berkesan bagi mencapai segala objektif di dalam pengurusan yang telah dirancang.

RUJUKAN

https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/29/bab-14-pengurusan-alam-pembelajaran/

http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf











 

     

No comments:

Post a Comment